Thursday, October 11, 2007

Koreksi diri

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia nya dapat saya menulis lagi setelah sekian lama menyepi diri. Di akhir Ramadhan ini, penulis ingin membawa kalian merenung sejenak, lebih-lebih lagi diri penulis yang selalu alpa dengan kehidupan duniawi,sejauh mana hasil kerja buat kita sepanjang Ramadhan. Setiap amal kebajikan yg kita buat sepanjang bulan ini akan di gandakan Allah, dengan gandaan yang banyak, berbahagia lah pada mereka yang istiqomah melaksana serta mempertingkat kan amal ibadat dengan ikhlas kerana nya.Ramadhan tahun ini akan pergi meninggalkan kita dan insyaAllah kesan positif Ramadhan akan bersama kita sepanjang tahun.kesan positif tersebut yang sempat dirakam disini secara umum nya saperti:
1-kualiti masa- kita banyak menghabiskan masa dengan mengingati Allah.
2-melazimi Masjid
3-simpati kepada fakir miskin dan mereka yang dhoif
4-berupaya meninggalkan sifat-sifat keji.
5-berupaya melaksanakan amalan-malan sunat.
dan banyak lagi lah,kalau kita amat-amati.
Kesemua ini akan kita praktik kan sepanjang tahun sehingga lah kalau ada rezeki, kita akan bertemu pula dengan Ramadhan tahun hadapan untuk kita memperbaikkan lagi amalan,InsyaAllah.

No comments: