Friday, August 7, 2009

Apabila jiwa tidak mengingati Allah.

Kiriman: hamba yg. dhoif

APABILA JIWA TIDAK MENGINGATI ALLAH..

Alhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi muhammad s.a.w dan ahli keluarga nya serta para sahabat baginda.

Ada bangunan runtuh, ada jambatan runtuh, ada stadium runtuh…macam-macam runtuh. Keruntuhan yang paling dasyat adalah keruntuhan jiwa.Keruntuhan jiwa akan mengakibat kan kerosakan akhlak, kerosakan rumahtangga dan keluarga, kerosakan institusi masyarakat yang akan memusnah kan negara.

Bermula nya keruntuhan tamaddun manusia kerana tidak beriman kepada Allah. Manusia yang tidak beriman sudah hilang harga diri, nilai kemanusiaan dan ianya lebih teruk daripada haiwan malah lebih hina. Mereka sanggup melakukan apa saja, kezaliman, merampas dan mengambil hak orang lain tanpa izin..(kalau pendatang tanpa izin boleh lah ditangkap..sumbat masuk penjara) tapi manusia begini menggunakan kedudukan dan wang sebagai suapan mereka. Mereka bertuhan kan hawa nafsu.

Sistem sosial sudah tidak menepati syariat lagi..sudah “terbalik kot”. Huru-hara, haru-biru jadi nya, lintang-pukang, “rudung-radang”, kelam-kabut, “Mung kata kat aku…aku kata kat mung”..macam - macam yang bisa terjadi dan yang amat berbisa apabila ianya terjadi kepada pimpinan masyarakat, pimpinan jemaah, pimpinan parti, pimpinan keluarga dan seumpama nya, habis “kucar lanar” jadi nya.

Jiwa yang tenang akan melahirkan individu yang cemerlang, ahli yang tenang akan lahirkan jamaah yang terbilang, masyarakat yang tenang akan melahirkan negara yang gemilang. Jiwa yang tenang akan melahirkan jiwa-jiwa yang tenang maka akan lahir lah kesepakatan. Bukan kah kita mahu kembali kepada Allah dengan jiwa yang tenang? Bagaimana untuk kita mendapat kebahagiaan itu, sedang kan jiwa kita penuh dengan kebusukkan dunia, penuh dengan kesyirikan bathin, hasad dengki, dendam, kecintaan dunia menjadi agenda utama. Ini lah sifat-sifat mazmumah yang ada pada kita, sifat mazmumah itu lah sifat haiwani dan sifat syaithoni, yang sebati dalam jiwa kita tanpa kita sedari, kita di lalai kan oleh akal dan nafsu, berpaling kita dari mengingati Allah.

Kalau tubuh badan yang kotor boleh di basuh mengunakan sabun, kalau luka boleh di ubati dengan ubat, sapu saja dua tiga hari baik lah ia. Tetapi bagaimana dengan jiwa yang kotor yang luka di dalam. Sebenarnya ada kaedah yang telah di amalkan dan telah di garis kan oleh ulamak-ulamak terdahulu, mereka ini menggali ilmu tersebut daripada al-quran dan hadis rasulullah s.a.w. Cuma kita mutaakhir ini malas beramal, ini juga satu penyakit hati..penyakit malas beramal nama nya. Baca lah kitab mereka dan cari lah guru-guru yang mursyid untuk beramal. Setakat membaca dan mendengar saja tidak cukup, kerana ia membawa kepada tahu sahaja, tahu itu ilmu, ilmu hanya berada di akal..simpan lah kita bertahun-tahun di kepala kita tanpa beramal,sedang kan beramal dengan ilmu itu sangat penting kepada kita untuk menjadi panduan hidup.Berdoa lah kepada Allah supaya kita di beri petunjuk nya dan menjadi seorang salik.Wallahu a’lam.