Thursday, October 11, 2007

Koreksi diri

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia nya dapat saya menulis lagi setelah sekian lama menyepi diri. Di akhir Ramadhan ini, penulis ingin membawa kalian merenung sejenak, lebih-lebih lagi diri penulis yang selalu alpa dengan kehidupan duniawi,sejauh mana hasil kerja buat kita sepanjang Ramadhan. Setiap amal kebajikan yg kita buat sepanjang bulan ini akan di gandakan Allah, dengan gandaan yang banyak, berbahagia lah pada mereka yang istiqomah melaksana serta mempertingkat kan amal ibadat dengan ikhlas kerana nya.Ramadhan tahun ini akan pergi meninggalkan kita dan insyaAllah kesan positif Ramadhan akan bersama kita sepanjang tahun.kesan positif tersebut yang sempat dirakam disini secara umum nya saperti:
1-kualiti masa- kita banyak menghabiskan masa dengan mengingati Allah.
2-melazimi Masjid
3-simpati kepada fakir miskin dan mereka yang dhoif
4-berupaya meninggalkan sifat-sifat keji.
5-berupaya melaksanakan amalan-malan sunat.
dan banyak lagi lah,kalau kita amat-amati.
Kesemua ini akan kita praktik kan sepanjang tahun sehingga lah kalau ada rezeki, kita akan bertemu pula dengan Ramadhan tahun hadapan untuk kita memperbaikkan lagi amalan,InsyaAllah.

Thursday, May 10, 2007

Apa nak jadi?

Salam. Sedih juga melihat ragam masyarakat kita sekarang, tiada hala tuju ,hidup tiada pedoman. Kenapa jadi begitu, dimana silap nya..itu lah persoalan yang sering di timbul kan dalam masyarakat kita hari ini.Makin maju kita , makin pandai kita, makin teruk pula keadaan sosial masyarakat kita.memasing fikir lah.. duk menung seminit dua..fikir..fikir dan fikir..mari kita salah kan diri sendiri sebelum kita pergi lebih jauh lagi, kalau tak nanti, kita nampak salah orang saja.takper lah kita ngaku lah salah diri sendiri, moga kita dapat koreksi diri terlebih dulu.Tafakur sejenak muhasabah diri..membilang-bilang kelemahan diri..dari kita celik mata hingga lah masa nak tidur, cari lah lah kesilapan diri.Nanti kita akan terjumpa dengan kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan.Persoalan -persoalan saperti dari mana aku datang..kenapa aku di jadikan.. siapa aku ..nak kemana aku selepas mati..ini lah sebahagian soalan-soalan yang perlu di "explore". banyak lagi soalan- soalan yang perlu di jawab oleh kita sekira nya ingin kembali menjadi hamba Allah.Kerdil nya kita,hina nya kita..sebenar nya kita tidak mempunyai apa-apa disisi Allah..kita hanya bergantung kepada Allah. Kita perlu kepada Rahmat Allah. Bagaimana Allah nak beri rahmat nya pada kita, sedang kan kita melupai Allah. .sombong nya kita dengan Allah di atas dunia ni..dengan pangkat dan kekayaan kita sudah merasakan dunia ini kita yang punya..dengan kudrat yang sikit yang ada pada kita,membuat kita besar kepala.Amanah yang diberikan kepada kita sudah kita abai kan.entah lah..apakah nasib kita selepas mati kelak..ampun kan dosa kami ya Allah.keluarkan lah kami dari kegelapan ini..jadi kan kami manusia yang bersungguh berusaha melakukan taat kepada mu..Amin.

Wednesday, May 9, 2007

Hari ini dalam sejarah

Tanggal 9hb.Mei,2007, maka terbentuk lah sebuah blog yang tak seberapa ini untuk tatapan sesiapa saja yang sudi berkunjung di sini. Sudah lama penulis ingin memiliki sebuah blog yang dapat menterjemah kan apa saja yang bersarang di benak perasaan dan di kotak pemikiran penulis..tapi penulis masih mencari-cari bentuk persembahan apakah yang akan penulis persembahkan kepada umum.Cetusan untuk membina blog ini datang secara tiba-tiba.Penulis ingin mulakan blog ini dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang memberi ilham pada hari ini untuk membuka bicara memperkenal kan diri penulis. Nama pena Badai, lahir di sebuah negeri di pantai timur yang mempunyai persisiran pantai yang cantik.Suatu ketika dahulu penduduknya terkenal dengan taat dengan titah perintah Allah,terdapat tokoh-tokoh sufi masyur saperti tok pulau manis (syeikh abd malek),tokku paloh, tok syeikh duyung, dan lain-lain ,itu lah sebab nya di kenali sebagai sebagai darul iman..itu cerita lama..sekarang bagaimana?adakah lagi limpahan kealiman dan kesolehan di warisi oleh generasi sekarang atau generasi sekarang sudah tidak peduli lagi kah..dapat kah orang muda kita hari ini pertahan kan warisan hikmah tok-tok sufi ini?kita bimbang budaya barat pulak kita agung kan..kita sudah hilang arah dan jati diri.